Kamis, 26 September 2013

Ingin Menjadi Penolong hatimu

Jikalau disatu hari nanti….
Engkau sedang merasa sedih dan berdukacita,
Serulah aku! 
Pasti aku akan segera datang disisi mu,
Walaupun aku tidak dapat mengembirakan mu ketika itu
Yang pastinya…
Aku akan turut serta berduka menangis bersama2 mu!

Jikalau disatu hari nanti,
Engkau ingin lari berpindah ketempat lain
Serulah aku!
Kerana aku tidak akan menghalang niat mu
Cuma aku….
Ingin juga lari berpindah ketempat lain bersama2 mu!

Jikalau disatu hari nanti,
Engkau lihat lidah ku sudah menjadi bisu dan kelu,
Segeralah datang kepadaku,
Kerana ketika itu….
Aku sedang didalam kerinduan,
Dan sedang tersangat dahaga,
Memerlukan diri mu dan kehadiran mu…!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar